SELAMAT DATANG KE

LAMAN WEB RASMI

                                                             SHAMSULZAHID.COM

LAMAN WEB ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang peluang-peluang perniagaan yang ada samada perniagaan offline maupun online. Memiliki perniagaan menjadi impian ramai orang. Memulakan perniagaan itu akan menterjemahkan impian anda menjadi realiti. Tetapi terdapat jurang di antara impian anda dengan realiti. Jurang ini hanya dapat dilalui dengan perancangan yang teliti. Selaku bakal pemilik perniagaan, anda perlu merancang untuk mengelakkan diri daripada terjatuh ke dalam lubang-lubang halangan, supaya dapat mencapai matlamat dan membangunkan perniagaan yang menguntungkan.

Saya sendiri ada menjalankan dua jenis perniagaan iaitu bisnes produk makanan kesihatan dan juga menjual produk2 digital seperti eBook, Video Tutorial dan sebagainya.

Anda boleh lawati laman web perniagaan saya di bawah ini untuk maklumat yang lebih lanjut...

1. Fitrahcure Enterprise (Penawar Sakit Buah Pinggang)

     Untuk informasi tentang penyakit Buah Pinggang, sila layari Blog di bawah:

     Blog : Penjagaan dan Rawatan Buah Pinggang

2. Koleksi 31 buah Produk Digital Pelbagai Kategori

Dapatkan eBook Percuma Di Sini !
INFORMASI EKSKLUSIF BAGAIMANA MENJALANKAN BISNES ONLINE PRODUK DIGITAL YANG MENGUNTUNGKAN ANDA 

“Apa bisnes yang bagus untuk bermula? Boleh bagi cadangan tak?”

Antara soalan yang susah untuk dijawab sebab saya pun tak pasti apa bisnes yang sesuai dengan orang yang bertanya. Bisnes yang terbaik untuk saya, mungkin tak sesuai untuk orang lain. Ia bergantung kepada matlamat kewangan, modal, minat, kemudahan yang dia ada dan sebagainya. Cuma saya beranggapan, orang yang baru nak buat bisnes ni sekadar nak dapat extra income RM200 – RM300 sebulan buat permulaan. Itu pun dah baik dari tunggu kenaikan gaji hujung tahun.

Sekarang ni peluang bisnes adalah banyak. Untuk orang baru, saya selalu syorkan bermula sebagai “middle-man” jer dulu. Jadi ejen, delaer, pengedar kepada produk dan servis yang anda sendiri minat dan puas hati. Bisnes konsep macam ni sangat banyak kat luar tu. Setakat nak dapat extra income RM200 – RM300 sebulan dengan modal minimum atau tanpa modal sekalipun memang boleh. Ia mampu memperbaiki tahap kewangan kita. At least boleh tambah saving bulanan.

Saya ada senarai bisnes-bisnes cadangan yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang baru ingin mencuba menjalankan perniagaan sendiri. Anda boleh lihat sendiri di bawah untuk mendapatkan idea-idea bisnes yang relevan dengan anda.

Selamat Menjelajah Di Sini: Senarai Idea Bisnes Untuk Bakal Usahawan

Tak kira samada bakal bisnes yang anda akan mulakan itu untuk menjual produk atau servis, pastikan bisnes pilihan anda memenuhi minat dan kebolehan anda. Tanpa minat, bisnes anda agak sukar untuk pergi lebih jauh terutamanya bila anda menghadapi kesulitan dan dugaan-dugaan ketika menjalankan bisnes anda. 

Copyright 2016 - shamsulzahid.com - All Rights Reserved